Gunung Jerai terletak di negeri Kedah Darulaman. Keunikan gunung Jerai adalah ianya terletak di tengah-tengah kawasan pamah tanah sawah. Jadi gunung Jerai dapat dilihat dari jauh sehinggakan ke tengah laut sekalipun bila cuaca cerah.
Sejarah banyak menceritakan tentang gunung jerai ini dahulunya dikenali sebagai Pulau Serai. Pulau ini menjadi tempat perdagangan yang pesat pada zaman dahulu. Kemasukan pedagang asing membawa pelbagai barang untuk berdagang di pulau tersebut. Pelbagai barangan artifak telah ditemui di sekitar kawasan Gunumg Jerai ini. Kemasukan pedagang dari luar juga telah membina tempat yang bersejarah seperti candi. Candi ini telah ditemui di Lembah Bujang,iaitu kawasan yang berdekatan dengan Gunung Jerai. Mengikut kajian, candi ini telah dibina oleh penganut Hindu-Buddha yang datang ke Pulau Jerai semasa zaman dahulu. Muzium juga telah dibina bagi menarik orang ramai untuk berkunjung ke negeri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan