Telaga Tok Syeikh terletak di atas Gunung Jerai, dimana telaga ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Mengikut catatan sejarah, telaga ini telah digali sendiri oleh Syeikh Abdullah Yamani iaitu seorang ulamak yang terkenal sewaktu zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Beliau juga telah mengislamkan Sultan Kedah pada ketika itu.
Keunikan Telaga Tok Syeikh ini ialah airnya yang bersih dapat dinikmati oleh seluruh rakyat dan dapat dijadikan sebagai air wuduk untuk bersembahyang. Air telaga ini juga selamat diminum dan mempunyai nilai ph air yang berkualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan